Khamis, 29 Januari 2009

Projek Cendawan Fasa 2

Semalam aku dan family balik dari kampung singgah di Peladang Sg. Lebak untuk mengambil bongkah cendawan dalam 200 bongkah. Tapi susun punya susun tak cukup ruang untuk 200 bongkah. Hanya 160 bongkah aje kali ini dapat masuk ke dalam bonet sebabnya kerana ramai dalam kereta. Mungkin 2 minggu lagi nak ambil 250~300 bongkah untuk memenuhi permintaan seharian.

Dalam bulan hadapan aku target untuk memenuhkan bilik sebanyak 1,200~1,300 bongkah. Jika projek pertama ini menjadi dan sukses . Aku akan menyewa sebuah rumah di kawasan ini untuk memuatkan 5,000 bongkah dalam satu masa untuk menghasilkan 40kg cendawan sehari. Kini dalam pencarian .....

Sesiapa yang nak sewakan rumah boleh contact 013-7556776. bermula April 2009.

Rabu, 21 Januari 2009

Pengeluaran Pertama


Hari ini hari pertama fasa pengeluaran 1 projek yang aku jalankan. Hasil pertama lebih kurang 1.8kg tapi salah timbang sebenarnya hanya 900gm++.. Hari esok dijangkakan lebih kurang 1.5kg dapat dipetik.

Survey market untuk projek kali ini sehari diperlukan 3~4 kg cendawan segar untuk penjual goreng pisang dekat Nusa Damai P.Gudang. Itu belum lagi minimarket kawasan berdekatan. Menurut orang rumah aku, saya kena tambah bongkah untuk memenuhi 3~5kg sehari.

Harapannya aku perlu tambah modal pusingan lagi untuk 200 bongkah dan rak kayu bulan ini .

Khamis, 1 Januari 2009

PROJEK CENDAWAN FASA 1

Pada 28 Disember 08 lalu aku dah ambil 200 bongkah cendawan dari Pertubuhan Peladang dekat Sg Lebak. Jauh juga lebih kurang 45 km dari P.Gudang dan masuk dalam ladang 3km lagi.

Namun puas hati tengok rumah cendawan dan projek Peladang & usahawan di sana. Bermula dari proses awal hingga ke proses pengeluaran cendawan.

Untuk hasil 200 bongkah ini akan dipasarkan oleh isteri aku untuk dapatkan pulang modal. Dan akan ditambah bulan depan. Satu bilik dalam rumah akan dipenuhi dengan bongkah cendawan dalam masa 3 bulan lagi. Kini menunggu hasil pertama.

Hari ini dah buka penutupnya kena tunggu 3~ 5 hari untuk petik hasilnya.

Kepada jiran yang nak order cendawan boleh tempah sekarang RM7.00 sekilo.
Boleh buat sayur @ cendawan goreng..

Rabu, 5 November 2008

Cendawan Tiram

Lagi tentang projek penanaman cendawan tiram . Orang rumah aku telah menjalani kursus tanaman cendawan di Kolej Komuniti Pasir Gudang pada bulan Julai lalu. Tanaman percubaan telah mengeluarkan hasil.

Aku merancang nak order 200 medium cendawan bermula pada bulan Disember nanti dan boleh mengeluarkan hasil 1kg sehari yang boleh dihantar kepada penjual pisang goreng nanti kerana adanya pasaran . Malahan aku nak memperbesarkan projek ini dan perlu ditambah setiap bulan.


Isnin, 27 Oktober 2008

2 Projek Utama

2 projek utama yang saya sedang jalankan untuk menambah pendapatan pada masa depan.
antaranya projek ternakan lembu daging dan tanaman kelapa sawit.

Harga sawit kini turun ke paras RM27X setan tapi semalam mujurlah hasil tuaian banyak. Lepaslah juga penat lelah saya selama ni.




Lembu saya pula perlu ditambah kerana kos penjagaan adalah sama walaupun ternakan banyak. Terutamannya kos pengangkutan.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Harga Sawit & Harga Getah

Berikutan daripada ketidakstabilan ekonomi Amerika Syarikat kini menyebabkan negara-negara yang berdagang secara langsung dengannya mula mengalami kesannya.Walaupun Malaysia bukan mengeksport minyak kelapa sawit & getah secara langsung ke AS, namun negara pengimpot seperti India, China , Korea Selatan & Jepun terjejas secara langsung. Di Mana jangkaan masa hadapan kelembapan ekonomi akan menyebabkan permintaan menurun. Ini memberi kesan ke atas harga minyak sawit & getah.
Harga terkini ;
Getah : RM5.99 sekg SMR20 @ RM2.43 sekg Skrap - Risda
Minyak Sawit Mentah : RM1800 setan ---> Harga Kelapa sawit RM 400~RM430 setan

Kini pekebun-pekebun kecil mengalami penurunan pendapatan.. Sekiranya penurunan harga berterusan akan menyebabkan masalah sosial. Justeru buat simpanan wang semasa harga getah & minyak sawit tinggi untuk menampung jika harga turun.

Isnin, 15 September 2008

Pertanian adalah Perniagaan


Assalamualaikum ,


Selamat datang ke laman blog kami yang mana memberi maklumat lanjut berkaitan pertanian yang boleh anda boleh ceburi dan mempunyai peluang yang cerah di masa hadapan.


Berikut adalah senarai ternakan & tanaman yang akan mendapat permintaan yang tinggi di masa depan.



  • Ternakan Lembu & Kambing

  • Ternakan Cacing

  • Ternakan Lintah

  • Ternakan Ikan Air Tawar

  • Tanaman Vanilla

  • Tanaman Pokok Jarak

  • Tanaman Pisang

  • Cendawan Tiram Kelabu